Sistem AAC Percuma & Pengurusan Terapi Autisme Malaysia
Selamat datang ke ekosistem pintar KidzStore AAC. Platform ini direka khas untuk menyokong komunikasi anak-anak istimewa (speech delay, autisme, ADHD) dan membantu ibu bapa menguruskan rekod terapi secara digital.
3 Modul Utama Sistem Kami:
- 🗣️ 1. Modul AAC: Alat komunikasi bergambar dan bersuara (Text-to-Speech) pelbagai bahasa.
- 📂 2. Rekod Terapi: Buku log digital untuk simpan rekod kesihatan dan laporan intervensi anak secara selamat.
- 🤖 3. AI Dr. Lisa: Penasihat kecerdasan buatan yang menganalisis perkembangan anak anda.
Kenali Fungsi Sistem Kami
Tonton gambaran ringkas di bawah untuk melihat bagaimana ekosistem pintar kami beroperasi. Kami membawakan inovasi teknologi AI dan AAC di dalam satu platform mudah bagi menyokong perkembangan anak anda.
1) Analisis & Rumusan AI
Sistem kami membantu memberikan rumusan serta cadangan praktikal berdasarkan laporan terapi yang dimuat naik, memudahkan ibu bapa yang sibuk untuk menjejaki perkembangan anak.
2) Papan Komunikasi Alternatif (AAC)
Sistem komunikasi dwi-bahasa interaktif yang dijamin dapat menarik minat anak anda untuk menggunakannya dengan pelbagai pilihan variasi suara. Lebih menarik, ibu bapa juga diberi kebebasan untuk memuat naik gambar atau kad pilihan sendiri mengikut kesesuaian dan keperluan harian anak.
Senarai Hospital / Pusat Terapi
Memuatkan senarai hospital kerajaan, swasta serta pusat intervensi awal yang menyediakan khidmat penilaian kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia.
Benefit Mendapatkan Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
Ketahui kelebihan pendaftaran termasuk bantuan kewangan bulanan, pelepasan cukai ibu bapa, kemudahan pendidikan khas, dan diskaun pengangkutan awam.