Sokongan Anda Nadi Kami
Sistem pintar KidzStore AAC dibangunkan dengan matlamat utama untuk membantu anak-anak keperluan khas berkomunikasi secara efektif dan memudahkan pengurusan terapi bagi pihak ibu bapa.
💡 Kenapa sokongan anda penting? Hasil daripada pembelian e-buku dan sumbangan ikhlas anda akan disalurkan sepenuhnya untuk menampung kos operasi pelayan (server) dan penyelenggaraan sistem. Ini bagi memastikan sistem utama ini kekal percuma tanpa sebarang caj pendaftaran buat seluruh komuniti ibu bapa!